Pada bulan Jun lepas, Netflix telah mengumumkan yang siri animasi berdasarkan permainan popular iaitu Dragon Age: Absolution akan tiba pada bulan Disember tahun ini. Hari ini mereka telah mengumumkan yang ia akan disiarkan pada 9 Disember 2022.
Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.
Di dalam Dragon Age: Absolution, penceritaan akan mengikut sekumpulan yang terdiri daripada ahli sihir, pahlawan dan juga pencuri cuba melawan dengan satu kuasa jahat yang menggunakan artifak berbahaya. Watak utama adalah Miriam yang mempunyai rahsia tersendiri.
Siri ini akan mempunyai 6 episod dan ditulis oleh Maighread Scott (Justice League Dark: Apokolips War) dengan kerjasama secara dekat dengan pembangun permainan iaitu BioWare. Senarai pelakon suara adalah Kimberly Brooks, Matt Mercer, Ashly Burch, Sumalee Montano, Phil LaMarr, Keston John, Josh Keaton, dan Zehra Fazal.