APAC Predator League 2022 (PUBG) – Keputusan Hari Pertama

Asia Pasific Preadator League 2022 kembali sebagai acara fizikal selepas dua tahun dengan penganjuran peringkat akhir di Tokyo, Jepun pada 11 sehingga 13 November ini. Kejohanan ini akan mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu dan melibatkan dua kejohanan iaitu PUBG: Battlegrounds dan juga Dota 2.

Bagi kejohanan untuk PUBG, 16 pasukan akan bertempur untuk 15 pusingan dengan 5 pusingan akan berlangsung setiap hari bermula hari ini sehingga 13 November 2022. 16 pasukan yang terlibat adalah seperti berikut;

Mewakili Malaysia adalah SGDv2 (sebelum ini dikenali sebagai Team SGD) dan VR Universal 4Rivals (sebelum ini dikenali sebagai Team Setup) yang masing-masing berada di tempat pertama dan kedua ketika pusingan kelayakan.

Bagi hari pertama, lima pusingan akan menggunakan dua peta iaitu Erangle untuk tiga pusingan pertama dan Miramar untuk pusingan selebihnya. Dari segi permakahan mengikut kedudukan adalah seperti berikut;

  • Kedudukan 1 (Chicken Dinner) – 10 Markah
  • Kedudukan 2 – 6 Markah
  • Kedudukan 3 – 5 Markah
  • Kedudukan 4 – 4 Markah
  • Kedudukan 5 – 3 Markah
  • Kedudukan 6 – 2 Markah
  • Kedudukan 7 – 1 Markah
  • Kedudukan 8 – 1 Markah
  • Setiap Kill – 1 Markah

Selepas 5 pusingan, Genius Esports (Vietnam) gah beradi di tempat pertama dengan mendapat markah 72, berbanding pasukan di tempat kedua iaitu Magic Esports (Thailand). Genius Esports daripada lima pusingan telah mendapat 2 chicken dinner dan 46 Kills.

Bagi dua pasukan dari Malaysia, paling cemerlang adalah SGDv2 yang berada di tempat ke-6 dengan 37 markah. Mereka mendapat 1 chicken dinner, dan sekali di tempat kedua dengan 18 jumlah Kills. Manakala VR Universal 4Rivals pula berada di tempat ke-10 dengan 16 markah. Keputusan terbaik adalah sekali di tempat ketiga dengan jumlah Kills 8.

Kedudukan Hari Pertama

  1. Genius Esports (Vietnam) – 72 Markah
  2. Magic Esports (Thailand) – 42 Markah
  3. Attack All Around (Thailand) – 40 Markah
  4. DWG KIA (Korea Selatan) – 39 Markah
  5. GNL Esports (Korea Selatan) – 38 Markah
  6. SGDv2 (Malaysia) – 37 Markah
  7. New Generation Esports (Vietnam) – 37 Markah
  8. Arkangel Predator (Filipina) – 37 Markah
  9. Marco Gaming (Hong Kong) – 24 Markah
  10. VR Universal 4Rivals (Malaysia) – 16 Markah
  11. HAVK (India) – 15 Markah
  12. Enter Force.36 (Jepun) – 15 Markah
  13. Macan Semeru (Indonesia) – 14 Markah
  14. Predator ShuTeRong (Taiwan) – 12 Markah
  15. Rascal Jester (Jepun) – 10 Markah
  16. V3Fox (Jepun) – 8 Markah

Penstriman Penuh:

Sohor Kini