Sony Centre Mid Valley Megamall sekali lagi telah membuka pendaftaran minat bagi pembelian untuk PlayStation 5 dan kali ini mereka juga membuka pendaftaran untuk Berkas PlayStation 5 God of War yang dikeluarkan bersama dengan permainan tersebut 9 November lepas.

Selain berkas PlayStation 5 God of War, anda juga boleh dapatkan edisi biasa iaitu PlayStation 5 dan juga PlayStation 5 Digital Edition yang ditawarkan dengan harga bermula RM2,069.

Pendaftaran minat boleh dilakukan melalui sebuah borang khas, dan ia akan ditutup pada 13 November 2022 kelak.

Untuk makluman, pendaftaran ini telah dibuka beberapa kali sebelum ini, dan pemilihan pelanggan yang boleh melakukan pembelian adalah secara rawak. Jika tidak berjaya, ia tidak akan dibawa ke sesi seterusnya, akan tetapi anda perlu mengisi sekali lagi.

Sohor Kini