Asia Pasific Preadator League 2022 kembali sebagai acara fizikal selepas dua tahun dengan penganjuran peringkat akhir di Tokyo, Jepun pada 11 sehingga 13 November ini. Kejohanan ini akan mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu dan melibatkan dua kejohanan iaitu PUBG: Battlegrounds dan juga Dota 2.
Berikut adalah pasukan-pasukan yang terlibat;
Bagi mewakili Malaysia, pasukan yang terlibat adalah ChubbyBoiz (sebelum ini dikenali sebagai Team RSG) yang memenangi pusingan kelayakan bersama dengan Team SMG yang dijemput khas.
Bagi hari pertama untuk kejohanan Dota 2, ia akan memperlihatkan perlawanan Pusingan Pertama sehingga Pusingan Ketiga bagi Upper Bracket. Perlawanan untuk Lower Bracket bagi pasukan-pasukan yang tewas hari ini akan berlangsung esok.
Bagi hari pertama, dua pasukan terbaik adalah Grindsky Esports dan Polaris Esports apabila mengekalkan rekod tanpa kalah mereka unutk ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung esok untuk menentukan pasukan pertama yang akan ke Peringkat Akhir.
Manakala dua pasukan Malaysia iaitu ChubbyBoiz bermain dengan cemerlang apabila berjaya ke Pusingan Ketiga sebelum dikalahkan oleh Polaris Esports. Manakala Team SMG dikalahkan oleh ChubbyBoiz di Pusingan Kedua. Kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk ke Peringkat Akhir melalui Lower Bracket.
Kesemua perlawanan Lower Bracket dan juga Separuh Akhir untuk Upper Bracket akan berlangsung esok.
Pusingan Pertama
P1: TNC Predator 1-0 Lahee
P2: Boonz + Goonz 1 – 0 Reject May
P3: Lilgun 0-1 Grindsky Esports
P4: The Covenant 0-1 Revengers
P5: ChubbyBoiz 1-0 Yangon Galaticos
P6: Team SMG 1-0 Macan Semeru
Pusingan Kedua
P8: Execraction 0-1 TNC Predator
P10: Boonz + Goonz 0-1 Grindsky Esports
P11: Polaris Esports 1-0 Revengers
P12: ChubbyBoiz 1-0 Team SMG
Pusingan Ketiga
TNC Predator 0-1 Grindsky Esports
Polaris Esports 1-0 ChubbyBoiz
Penstriman Penuh: