EA Menamatkan Project Cars, Pembangun Akan Beralih Ke Permainan Lain

EA telah berkongsi kepada GameIndustry yang mereka menamatkan Project Cars dengan siri permainan tersebut tidak lagi akan dibangunkan dan permainan terakhir iaitu Project Cars 3 tidak lagi akan menerima sebarang kandungan baharu.

Pembangun-pembangun yang terlibat dengan permainan tersebut akan dipindahkan ke bahagaian lain di dalam EA.

Project Cars merupakan permainan oleh Slightly Mad Studios yang diambil alih oleh Codemasters pada tahun 2019, dan EA mengambil-alih Codemasters pada tahun 2021.

Project Cars mempunyai empat permainan iaitu permainan pertama dikeluarkan pada tahun 2015 dan permainan terakhir iaitu Project Cars GO iaitu permainan sampingan bagi siri ini dikeluarkan pada 2021 untuk peranti pintar.

Sohor Kini