Death Stranding Mempunyai 10 Juta Pemain Selepas 3 Tahun Dikeluarkan

Death Stranding dilancarkan pada 8 November 2019, dengan itu Kojima Productions menyambut ulang tahun ke-3 pada 8 November lepas, dan bersempena dengannya, mereka telah mengumumkan yang Death Stranding telah mencatat 10 juta pemain setakat ini.

Jumlah ini adalah untuk kesemua pemain di PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC. Ia pertama kali dikeluarkan untuk PlayStation 4, sebelum turut dikeluarkan untuk PC beberapa bulan kemudian. Mereka juga melancarkan Death Stranding Director’s Cut pada September tahun lepas untuk mengembangkan lagi permainan ini.

Death Stranding merupakan permainan sulung oleh Kojima Productions sebagai studio kendiri, selepas meninggalkan Konami. Permainan seterusnya dikatakan berkerjasama dengan Microsoft untuk menggunakan teknologi penstriman.

Sohor Kini