Skip to main content

Hiroyuki Kobayashi telah bersama dengan Capcom untuk 27 tahun dan terlibat dengan pelbagai permainan video oleh studio tersebut, antaranya Resident Evil, Dino Crisis, Sengoku Basara, dan Mega Man. Beliau juga terlibat dengan kandungan lain seperti anime sebagai penerbit, antaranya Resident Evil: Infinite Darkness dan Dragon’s Dogma.

Pada bulan Mac lepas, Kobayashi telah mengumumkan yang beliau akan meninggalkan Capcom untuk menyertai NetEase iaitu syarikat teknologi dan juga studio permainan video dari China. Kini telah diumumkan yang selepas menyertai NetEase Kobayashi akan menjadi presiden untuk studio baharu iaitu GPTRACK50.

Sasaran untuk studio ini adalah menghasilkan IP baharu yang akan “mempersonakan seluruh dunia”, mereka juga mengatakan yang ia bukan sahaja dalam bentuk permainan video, tetapi juga sebagai filem ataupun siri.

Leave a Reply