Netflix akhirnya berkongsi treler pertama untuk The Witcher: Blood Origin iaitu siri sampingan bagi dunia The Witcher. Ia adalah satu treler acah sahaja akan tetapi kita sekurang-kurangnya dapat melihat siri ini beraksi berbanding sekadar gambar sahaja sebelum ini.

Antara yang diperlihatkan adalah Michelle Yeoh yang membawa watak Scian, dengan siri ini memfokuskan kepada dunia Elf, Scian adalah seorang Elf dan merupakan guru kepada Eile lakonan Sophia Brown yang akan menjadi antara watak utama di dalam siri ini.

Siri ini berlaku 1200 tahun sebelum wujudnya Geralt, Yennefer dan juga Ciri dan ia juga sebelum berlakuknya Conjunction of the Spheres yang menyebabkan dunia raksasa, manusia dan juga Elf bergabung.

Siri terhad ini akan mempunyai 6 episod dan akan disiarkan di Netflix pada 25 Disember 2022.

Sohor Kini