Lionsgate Movie telah berkongsi treler baharu untuk John Wick: Chapter 4 yang memperlihatkan lebih banyak aksi dan juga memperlihatkan premis bagi penceritaan ini dengan lebih lanjut.
Antara menjadi fokus utama di dalam treler ini adalah watak Marquis lakonan Bill Skarsgard tampaknya membawa pengurusan baharu untuk mengendali organisasi rahsia di dalam filem ini.
Sebelum ini, John Wick mengatakan yang ingin melawan kesemua yang berada di High Table yang ingin dirinya dibunuh, mungkin kesan daripada usahanya telah membawa pemain baharu ke dalam perkara ini.
Selain itu, seperti treler yang lepas, Donnie Yen juga diperlihatkan sekali lagi yang memberi amaran kepada John Wick.
Filem ini diarahkan oleh Chad Stahelski dan melibatkan senarai pelakon seperti Keanu Reeves, Donnie Yen, Bill Skarsgard, Laurence Fishburne, Hiroyuki Sanada, Shamier Anderson, Rina Sawayama, Lance Reddick dan Ian McShane.
John Wick: Chapter 4 selepas ditunda sebelum ini akan ditayangkan pada Mac 2023.