Sony Interactive Entertainment hari ini telah mnegumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus bermula pada 15 November ini. Katalog ini adalah untuk pelanggan PlayStation Plus Extra dan Deluxe yang juga akan mendapat koleksi permainan klasik.

Berikut adalah permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus;

  • The Elder Scrolls V: Skyrim – Special Edition
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX
  • Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
  • Kingdom Hearts III
  • Kingdom Hearts: Melody of Memory
  • Oddworld: Soulstorm – Enhanced Edition
  • Tom Clancy’s The Division 2
  • Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint
  • Chorus
  • What Remains of Edith Finch
  • The Garden Between
  • Earth Defense Force: World Brothers
  • Earth Defense Force: Iron Rain
  • Onee Chanbara Origin

Bagi pelanggan PlayStation Deluxe, mereka juga mendapat tambahan permainan klasik seperti berikut;

  • Ratchet & Clank
  • Ratchet & Clank 2
  • Ratchet & Clank: Up Your Arsenal
  • Ratchet & Clank: Deadlocked
  • Ratchet & Clank Future: Tools of Destruction

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini