Musim Ke-16 KartRider Rush+ Membawa Pemain Ke Istana Louie

Nexon telah mempekenalkan musim baharu untuk permainan KartRider Rush+ mereka iaitu musim ke-16 yang berjudul Louie’s Castle. Seperti judulnya, musim kali ini memfokuskan kepada membawa pemain untuk berlumba di dalam istana Louie.

Bersama dengan litar baharu tersebut, pemain juga boleh dapatkan kart baharu seperti Blitzer, Royal Carriage dan juga Dragon Saber sebagai kart highlight untuk musim ini. Selain itu, terdapat juga litar bertema iaitu Tri-Cut Rail Line dan Scrub-a-Dub Tub.

Mod permainan baharu juga dipekenalkan iaitu “Boomhill PvE Race” yang membolehkan pemain untuk lumba dengan AI yang mempunyai tahap kesukaran berbeza. Spotlight System kini disertakan yang akan memperlihatkan pemain paling ‘cute’ sebelum setiap perlumbaan.

Acara di dalam permainan pula adalah Welcome Boomhill PvE Race Invite sehingga 27 November yang akan memerlukan pemain untuk mendapatkan “Shield Shards” untuk menebus “Knights Helm Hair.

Bersempena dengan Piala Dunia yang berlangsung hujung bulan ini, pemain juga boleh log masuk sehingga 2 Disember untuk mendapatkan barangan-barangan berdasarkan bola sepak.

KartRider Rush+ sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini