God of War Ragnarok sudah dilancarkan secara rasmi dan pemain akhirnya dapat meneruskan pengembaraan Kratos bersama dengan Atreus dengan penceritaan serba baharu. Jika anda masih tertanya-tanya untuk dapatkan permainan ini, anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut Ulasan God of War: Ragnarok – Permainan Epik Penuh Jiwa. Secara ringkasnya, ia adalah antara permainan terbaik pernah dikeluarkan.

Jika anda seorang peminat ataupun sekadar ingin mengetahui lanjut mengenai permainan ini, Sony Interactive Entertainment juga telah membuka satu pameran mengenai God of War Ragnarok yang berlangsung di APW Bangsar.

Pameran ini dibuka setiap hari bermula pada 9 November sehingga 13 November dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Di pameran ini, pengunjung berpeluang untuk melihat galeri karya, termasuk juga wayang kulit yang dihasilkan oleh Fusion Wayang, studio yang sama menghasilkan wayang kulit Aloy untuk PlayStation Studios sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan menarik untuk mengambil gambar, pelekat emoji, hadiah dan juga permainan. Tambahan itu, pada 12 sheingga 13 November, penggunjung juga boleh dapatkan lukisan muka.

Jika anda ingin melihat pelbagai barangan rasmi God of War, ia juga akan diperlihatkan di pameran ini. Barangan-barangan ini adalah dari #FR2, Casetify dan New Era.

Ingin mencuba God of War Ragnarok? Demo percuma untuknya disediakan akan tetapi ia adalah terhad kepada pengujung berumur 18 tahun ke atas sahaja dan bergantung kepada keadaan semasa.

Anda boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut; https://www.playstation.com/en-my/local/campaigns/god-of-war-ragnarok/local-highlights/.

Sohor Kini