After the Fall Akan Dilancarkan Untuk PS VR 2 Pada Februari Ini

Plaion bersama dengan pembangun Vertigo Games telah mengumumkan yang permainan realiti maya mereka iaitu After the Fall akan dilancarkan untuk PlayStation VR2 pada 22 Februari 2023 iaitu tarikh yang sama pelancaran set kepala VR tersebut.

Dengan After the Fall adalah permainan koperasi, Vertigo Games telah mengumumkan yang ia menyokong fungsi rentas platform, membolehkan pemain bermain bersama dengan rakan-rakan di platform VR yang lain.

Dengan After the Fall juga sudah dikeluarkan untuk PlayStation VR, pemilik permainan tersebut akan mendapat naik taraf percuma untuk versi PS VR2 ini.

Sohor Kini