Mahkamah Perseketuan Los Angeles telah menolak saman oleh Riot Games terhadap Moonton di atas kesalahan melanggar hak cipta berkait dengan permainan League of Legends dan Mobile Legends: Bang Bang.
Menurut Hakim Michael Fitzgerald, penolakan ini adalah disebabkan kes yang sama sedang dibicarakan di China dan merasaka ia sudah mencukupi. Tambahan pada itu, syarikat induk untuk Riot Games iaitu Tencent tidak ingin melibatkan diri di dalam kes di Amerika Syarikat ini.
Oleh kerana tidak jelas elemen League of Legends mana yang dibangunkan oleh Riot Games dan yang mana dibangunkan oleh Tencent, ia tidak adil kepada Moonton untuk mempertahankan diri melainkan Tencent sendiri ingin melibatkan diri.
Hakim juga mengatakan yang Riot Games boleh memfailkan saman yang berlainan yang tidak dibicarakan di China.
Moonton melalui kumpulan guaman mereka mengatakan yang pembicaraan yang sama di beberapa negara ini akan menjadikan ia tidak efisien dan tidak adil kepada mereka. Manakala Riot Games mengatakan yang saksi warganegara AS terpaksa meminta visa untuk kes hak cipta yang dicipta dan dilanggar di AS adalah tidak masuk akal dan mereka akan memfailkan rayuan.
Sumber: Reuters