Ballerina adalah siri sampingan kepada francais filem John Wick, iaitu siri TV kedua selepas The Continental yang akan tiba di Prime Video.

Ballerina akan menyertakan Ana De Armas sebagai pelakon utama. Menurut Variety, Keanu Reeves dalam perbincangan untuk berlakon sebagai John Wick dalam siri TV ini. Buat masa ini masih tidak jelas, jika siri ini adalah sebuah prekel atau sekuel kepada francais filem John Wick.

Jika anda tertanya kenapa Ballerina atau tarian balet? Dalam John Wick 3: Parabellum, ketika John Wick ingin bertemu dengan salah seorang Elder, beliau telah bertemu dengan Director lakonan Anjelica Huston. Dalam adegan ini ada ramai penari balet sedang berlatih dengan vibe seakan Red Room dalam filem Black Widow, di mana semua penari ini ada potensi menjadi pembunuh upahan.

Sohor Kini