Call of Duty: Warzone akan memasuki era baharu melalui versi 2.0 yang akan bermula pada 17 November ini. Sebelum peralihan tersebut, Activision telah hadir dengan Warzone Legacy iaitu video rangkuman untuk sesi permainan anda di dalam permainan tersebut.

Antara yang diperlihatkan adalah tarikh sesi permainan pertama, senjata, serta operator yang paling banyak digunakan dan juga statistik anda di dalam Gulag bersama dengan pelbagai maklumat menarik yang lain.

Untuk mendapatkan video rangkuman tersebut anda hanya perlu layari pautan ini dan memasuki Activision ID bagi akaun yang digunakan untuk bermain Call of Duty: Warzone.

Sohor Kini