Kandungan Piala Dunia Di Dalam FIFA Mobile Tiba Bermula Hari Ini

EA Sports hari ini telah melancarkan kandungan Piala Dunia 2022 di dalam FIFA Mobile, seperti yang diumumkan untuk FIFA 23 versi konsol dan juga PC sebelum ini. Melaluinya pemain akan mendapat mod solo untuk bermain mana-mana daripada 32 negara yang akan bertanding di kejohanan tersebut, ia akan menggunakan kesemua pemain dan juga jersi-jersi yang sebenar.

Tambahan pada itu, bermula pada 18 November, kandungan langsung FIFA World Cup 2022 yang akan memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dan juga pemain istimewa untuk menguatkan pasukan di dalam mod Ultimate Team.

Bagi pemain di Malaysia, anda boleh memasuki Discord Rasmi melalui pautan ini untuk menyertai pelbagai acara khas sepanjang kempen Piala Dunia ini.

FIFA Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini