Call of Duty Mobile telah mengumumkan yang Call of Duty Mobile musim ke-10 akan bermula sekitar minggu ini dan ia juga bersama dengan sambutan ulang tahun ke-3 bagi permainan tersebut. Bersempena dengan sambutan ini, ia akan menerima pelbagai kandungan menarik yang berkait dengan bola sepak.

Musim ke-10 akan menggunakan nama ‘World Class’ dan bertemakan bola sepak, ini termasuk juga pemain bakal boleh menggunakan tiga pemain bola sepak terkenal iaitu Leo Messi, Neymar Jr dan Paul Pogba sebagai watak yang boleh digunakan.

Selain itu, musim ini juga akan menyertakan peta baharu iaitu Crossroads Strike, bersama dengan senjata baharu iaitu LAPA. Bagi mod battle royale pula kenderaan baharu iaitu Hover Bike dan juga barangan baharu Goliath akan disertakan.

Bersama dengan tema bagi musim ini, Battle Pass juga akan disertakan dengan pelbagai barangan yang bertemakan bola sepak. Call of Duty Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini