Football Manager 2023 Kini Dilancarkan Untuk Xbox, PC, iOS Dan Android

Seperti yang diumumkan dan juga seperti yang dinanti-nantikan ramai ‘pengurus-pengurus’ bola sepak, Football Manager 2023 kini dilancarkan untuk kebanyakan platform iaitu Xbox One, Xbox Series, PC, dan juga untuk peranti pintar iOS dan Android.

Versi PlayStation 5 terpaksa ditunda buat seketika waktu kerana mempunyai masalah pendaftaran dan penerimaan untuk penyenaraian di PS Store. Walaupun mereka masih lagi akan membawa Football Manager 2023 ke konsol tersebut, akan tetapi pembayaran balik telak dilakukan.

Bagi pemain di Xbox dan juga PC, Football Manager 2023 boleh didapatkan bersama dengan langganan PC Game Pass dan juga Xbox Game Pass. Manakala untuk pengguna iOS, ia boleh didapatkan melalui langganan Apple Arcade untuk Football Manager Touch 2023.

Sohor Kini