TiMi Studio iaitu studio pembangunan permainan video di bawah Tencent telah mengumumkan bakal berkerjasama dengan Capcom untuk hadir dengan permainan Monster Hunter baharu. Mereka mengumumkan melalui Twitter hari ini.

Dengan TiMi Studio terkenal dengan permainan mudah alih seperti Pokemon Unite, Call of Duty Mobile dan Arena of Valor kita boleh jangkakan yang permainan Monster Hunter ini juga adalah untuk peranti pintar dan permainan percuma untuk dimainkan.

Buat masa ini masih tidak banyak maklumat yang dikongsikan mengenai pengumuman ini, kami akan kongsi apabila ia diumumkan kelak.

Sohor Kini