Asus Republic of Gamers (ROG) hari ini telah mengumumkan secara rasmi penawaran ROG Phone 6D untuk pasaran Malaysia. Mereka membawa tiga model iaitu ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate yang akan ditawarkan bermula pada 9 November dan ROG Phone 6 Batman Edition yang akan tiba pada 25 November 2022.

Ketiga-tiga telefon hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9000+, paparan 6.78″ Amoled yang menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz dan kapasiti bateri 6000mAh. Penawaran berbeza mengikut model adalah seperti berikut;

  • ROG Phone 6D hadir dengan storan 256GB dan RAM 12GB, ia ditawarkan dengan harga RM3,499.
  • ROG Phone 6D Ultimate hadir dengan storan 512GB dengan RAM 16GB dan ditawarkan dengan harga RM4,999. Ia juga menyertakan AeroColler 6 di dalam kotak.
  • ROG Phone 6 Batman Edition pula hadir dengan storan 256 GB dan RAM 12GB dengan harga RM4,799. Ia menyertakan warna Night Black berbanding Space Grey untuk 2 model sebelum ini dan di dalam kotak menyertakan projektor Bat-Signal, kerangka Batman dan juga pin Batman.

Bersempena dengan promosi pelancaran yang akan bermula pada 9 November sehingga 30 November, pembeli boleh dapatkan ROG Phone 6D dengan RM300 potongan harga iaitu RM3,199.

Sohor Kini