Gears of War dikeluarkan pertama kali pada 16 tahun yang lepas, dan bersempena dengan ulang tahun tersebut, Netflix telah mengumumkan yang mereka akan berkerjasama dengan The Coalition untuk hadir dengan filem aksi nyata dan juga filem animasi berdasarkan permainan tersebut dengan potensi untuk lebih banyak kandungan akan tiba kemudian.
Ini bukanlah pertama kali projek filem ataupun animasi diumumkan untuk Gears of War, sebelum ini dilaporkan yang penulis dari filem xXx: Return of Xander Cage – F. Scott Frazier dilihat akan menulis filem Gears of War, tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya.
Gear of War sepanjang 16 tahun telah mempunyai lima permainan utama dengan permainan terbaru Gears 5 dikeluarkan pada tahun 2019.