Nintendo Switch Telah Terjual 114.33 Juta Unit Setakat September Lepas

Nintendo telah berkongsi prestasi kewangan mereka untuk suku kedua bagi tahun 2022-2023 yang memfokuskan kepada prestasi kewangan bagi bulan Julai sehingga September lepas. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi jumlah jualan untuk konsol Nintendo Switch mereka.

Sepanjang tiga bulan yang lepas, mereka telah menjual 3.25 juta unit Nintendo Switch yang membawa jumlah jualan setakat ini 114.33 juta unit. Pecahan mengikut model adalah seperti berikut;

  • Nintendo Switch – 85.67 Juta
  • Nintedo Switch OLED – 9.34 Juta
  • Nintendo Switch Lite – 19.32 Juta

Nintendo juga berkongsi prestasi penjualan untuk permainan mereka sepanajang bulan April sehingga September 2022 iaitu Splatoon 3 telah terjual 7.9 juta unit, Nintendo Switch Sports mencatat 6.15 juta unit, Mario Strikers: Battle League sebanyak 2.17 juta unit dan Xenoblade Chronicles 3 dengan 1.72 juta unit.

Bagi permainan yang telah lama dikeluarkan, Mario Kart 8 Deluxe masih lagi dijual dengan baik, mencata 3.07 juta unit sepanjang 6 bulan lepas membawa kepada jumlah keseluruhan 48.41 juta unit dan Kirby and the Forgotten Island sebanyak 2.61 juta unit dengan jumlah keseluruhan 5.27 juta unit.

Sohor Kini