Selepas ditunda daripada tarikh Oktober lepas, Marvel’s Midnights Suns hanya akan tiba pada 2 Disember 2022, namun bagi pemain yang tidak sabar untuknya mungkin dapat bermain Marvel Strike Force terlebih dahulu, iaitu permainan aksi pengembaraan di telefon pintar untuk iOS dan juga Android.

Melalui acara kolaborasi ini, pemain dapat menggunakan kostum Magik daripada Midnight Suns di dalam Strike Force, manakala apabila Midnight Suns dikeluarkan tidak lama lagi, pemain juga boleh dapatkan kostum Bleeding Edge untuk Iron Man.

Bagi mendapat kostum ini berikut adalah langkah yang perlu dilakukan;

Marvel Strike Force

  • Pemain perlu log masuk selama 7 hari sepanjang 7 November sehingga 23 Disember untuk mendapat costume bits
  • Melaluinya, pemain juga akan mendapat shard yang mencukupi untuk mendapat watak 2-Bintang Magik

Marvel’s Midnight Suns

  • Terus mengikut akaun media sosial Strike Force ataupun dengan bermain Marvel Strike Force, kod untuk mendapatkan kostum Bleeding Edge akan diberikan melaluinya.
  • Kod ini perlu ditebus di dalam Marketplace di dalam permainan

Marvel Strike Force sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Marvel’s Midnight Suns akan dikeluarkan PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Manakala untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini