Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, syarikat produksi Bianglala Entertainment sedang di dalam proses penggambaran untuk filem Jalan Masih Panjang yang kelihatannya adalah filem kerjasama di antara produksi Malaysia dan juga Indonesia.

Menariknya, filem ini kelihatan berkait dengan tokoh-tokoh politik tempatan dengan dikatakan yang Farid Kamil akan membawa watak Anwar Ibrahim, dan Acha Septriasa pelakon dari Indonesia sebagai Wan Azizah dan Hasnul Rahmat membawa watak Tun Mahathir.

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi iaitu pengarah dan penulis dari Indonesia, beliau sebelum ini pernah mengarah filem seperti The Ex-Lover Shop, Koki-Koki Cilik 2 dan Mursala.

Buat masa ini masih tiada maklumat lanjut mengenai filem ini, termasuk juga jalan cerita dan juga tarikh tayangan untuknya.

Sumber: Twitter

Sohor Kini