Twitch dan Microsoft telah berkerjasama untuk hadir dengan promosi di antara Twitch dan juga PC Games Pass. Melalui promosi ini, pengguna Twitch boleh melakukan pembelian dua langganan Twitch sama ada untuk sendiri ataupun sebagai hadiah, dan akan mendapat 3 bulan langganan PC Game Pass secara percuma.

Harga langganan Twitch adalah RM7.99 yang membawa jumlah RM15.98 untuk mendapatkan tiga bulan PC Game Pass ini. Ia mungkin sedikit mahal kerana promosi ini adalah untuk akaun baharu sahaja, dan promosi oleh PC Game Pass sendiri anda boleh dapatkan 3 bulan pertama dengan harga RM5 sahaja.

Namun, jika anda memang penonton Twitch, ini sudah semestinya nilai tambah untuk anda. Jika anda sudah memiliki langganan PC Game Pass, ia mungkin boleh digunakan kemudian di akaun yang berlainan.

Sohor Kini