Blizzard ketika kejohanan akhir untuk Overwatch League telah mengumumkan yang watak baharu yang akan tiba untuk Overwatch 2 adalah Ramattra iaitu watak Tank. Ramattra merupakan Omnic yang dihasilkan untuk mengetauai peperangan akan tetapi menjadi ketua Null Sector iaitu kumpulan pengganas Omnic yang melakukan keganasan untuk mendapat hak bagi Omnic.
Selain watak Tank, maklumat lanjut mengenai Ramattra masih tidak dikongsi, dia akan tiba bersama dengan bermulanya musim ke-2 iaitu pada 6 Disember ini. Seperti watak Kiriko yang tiba di musim pertama, Ramattra juga boleh didapatkan melalui battle pass ataupun pembelian secara terus.
Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.