Aang, Toph Dan Zuko Menyertai Brawlhalla Bulan Ini

Ketika acara Brawlhalla World Championship yang berlangsung hari ini, Ubisoft telah mengumumkan kerjasama dengan siri animasi Avatar: The Last Airbender untuk membawa tiga watak iaitu Aang, Toph dan Zuko sebagai kostum di dalam permainan tersebut.

Ketiga-tiga watak ini akan tiba pada 16 November dengan Aang merupakan kostum untuk Wu Shang, Toph untuk Kor dan Zuko untuk Hattori. Setiap kostum ini boleh didapatkan dengan harga 300 Mammoth Coins.

Brawlhalla adalah permainan percuma dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini