Toei Animation sebelum ini telah mengumumkan filem anime baharu untuk siri manga dan anime popular Slam Dunk akan dikeluarkan pada tahun ini. Minggu ini mereka telah berkongsi treler baharu yang bersamanya turut diperlihatkan tarikh tayangan di Jepun iaitu pada 3 Disember 2022.

Filem animasi ini akan menggunakan judul The First Slam Dunk dan menggunakan animasi adalah secara berkomputer. Buat masa ini penceritaan masih tidak disahkan lagi sama ada ia akan membawa penceritaan baharu, ataupun penceritaan siri Slam Dunk sebelum ini yang diringkaskan.

Filem ini disahkan akan membawa kebanyakan watak-watak utama di dalam Slam Dunk seperti Hanamichi Sakuragi, Ryota Miyagi, Hisashi Mitsui, Kaede Rukawa dan Takenori Akagi.

Sohor Kini