Sebelum ini, TGV telah berkongsi yang filem Black Panther Wakanda Forever telah diluluskan untuk tayangan, dan mereka juga telah mula menjual tiket bermula pada hari ini. TGV juga kini telah berkongsi mengatakan yang filem tersebut telah diluluskan untuk tayangan tanpa sebarang potongan.

Dengan pengumuman ini, boleh dikatakan yang Black Panther Wakanda Forever tidak mempunyai sebarang adegan-adegan yang tidak mendapat pelepasan oleh Lembaga Penapis Filem, dan penonton boleh melihat kesemua yang akan ditawarkan.

Dua filem MCU sebelum ini, iaitu Thor tidak langsung ditayangkan manakala Doctor Strange, mempunyai beberapa adegan yang dipotong.

Black Panther Wakanda Forever akan mula ditayangkan pada 10 November 2022.

Sohor Kini