Prime Matter bersama dengan pembangun Brass Token akhirnya melancarkan permainan aksi pengembaraan seram mereka iaitu The Chant. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.
The Chant adalah permainan mengenai sekumpulan kultus telah melakukan satu upacara yang secara tidak sengaja membuka portal ke tempat jahat iaitu “The Gloom”. Portal ini membuatkan orang sekeliling menjadi hilang akal.
The Chant ditawarkan dengan harga RM139 di PC, RM169 di PS Store dan $39.99 di Xbox Store.