League of Legends: Wild Rift bakal menerima kemaskini 3.5 yang akan menyertakan kandungan tambahan, termasuk juga watak baharu iaitu Aatrox, Kayn dan juga Lillia.

Aatrox, the Darkin Blade adalah watak yang membawa Role Fighter dan sesuai bagi pemain yang inginkan pertempuran jarak dekat tanpa terlalu risau dengan nyawa kerana kebolehan Aatrox memfokuskan kepada melakukan damage yang juga akan menyembuh.

Kayn, satu lagi watak Role Fighter yang memfokuskan damage, dia juga mempunyai kebolehan untuk memudahkan pergerakan seperti dapat melalui terrain, melakukan pergerakan pantas yang juga akan melakukan damage.

Lillia juga adalah watak Fighter yang juga memfokuskan kepada mengawal lawan dengan beberapa kebolehannya akan memperlahankan dan juga menidurkan penjahat. Dia juga melakukan damage untuk kawasan yang luas.

Kemaskini ini juga melakukan penambahan, kemaskini dan juga perubahan untuk sesi bermain, antaranya adalah Buff Sharing, Conservation selain daripada mengubah kebolehan dan juga tingkah laku Jungle Monster serta mempercepatkan Rift Herald untuk memberi nilai yang lebih konsisten.

All For One juga akan disertakan di dalam Wild Rift, di mana pasukan akan undi untuk memilih Champion dan Champion yang dipilih akan digunakan oleh semua pemain.

Akhir sekali, beberapa skin baharu juga disertakan seperti berikut;

  • Blood Moon Aatrox
  • Crystal Rose Akali
  • Crystal Rose Riven
  • Crystal Rose Vi
  • Frostblade Irelia
  • Chromacrash Ekko
  • Chromacrash Jinx
  • Chromacrash Samira
  • Soulhunter Kayn
  • Spirit Blossom Lillia
  • Spirit Blossom Teemo
  • Spirit Blossom Thresh
  • Spirit Blossom Yasuo
  • Spirit Blossom Yone

League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini