Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan berkas PlayStation 5 God of War, ia akan tiba bersama dengan pelancaran permainan tersebut pada 9 November ini.
Berkas ini akan hadir untuk kedua-dua versi PlayStation 5 iaitu edisi biasa dan juga edisi digital yang masing-masing akan ditawarkan dengan harga RM2,769 dan RM2,339. Setiap berkas ini akan menyertakan konsol bersama dengan permainan God of War Ragnarok versi digital.
Berkas ini akan mula ditawarkan oleh Sony dan juga pengedar rasmi PlayStation bermula pada 9 November ini.
God of War Ragnarok adalah permainan seterusnya di dalam siri ini, dan anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut; Ulasan God of War: Ragnarok – Permainan Epik Penuh Jiwa.