Skip to main content

Asia Pasific Preadator League 2022 kembali sebagai acara fizikal selepas dua tahun dengan penganjuran peringkat akhir di Tokyo, Jepun pada 11 sehingga 13 November ini. Kejohanan ini akan mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu dan melibatkan dua kejohanan iaitu PUBG: Battlegrounds dan juga Dota 2.

Bagi mewakili Malaysia terdapat 4 pasukan iaitu 2 pasukan untuk PUBG Mobile iaitu SGDv2 (sebelum ini dikenali sebagai Team SGD) dan VR Universal 4Rivals (sebelum ini dikenali sebagai Team Setup) yang masing-masing berada di tempat pertama dan kedua ketika pusingan kelayakan.

Manakala untuk Dota 2 diwakili oleh ChubbyBoiz (sebelum ini dikenali sebagai Team RSG) yang memenangi pusingan kelayakan bersama dengan Team SMG yang dijemput khas.

Jika anda ingin mengikuti kejohanan ini berikut adalah jadual penstriman langsung di Facebook Predator Malaysia untuk PUBG Mobile dan Facebook Acer Malaysia untuk Dota 2;

Hari 1 (11 November)

  • 10.30 AM – Acara Pembukaan
  • 12.00 PM – Dota 2
  • 02.45 PM – PUBG

Hari 2 (12 November)

  • 10.30 PM – Dota 2
  • 02.00 PM – PUBG

Hari 3 (13 November)

  • 02.00 PM – PUBG
  • 03.00 PM – Dota 2

Aksiz juga akan melakukan laporan untuk kejohanan ini apabila ia berlangsung kelak.

Leave a Reply