Private Division bersama dengan pembangun Roll7 telah melancarkan penambahan terakhir untuk OlliOlli World iaitu Finding the Flowzone. Seperti penambahan sebelum ini iaitu Void Riders, Finding the Flowzone juga akan menyertakan kawasan baharu iaitu Windzones, ia juga akan menyertakan cabaran baharu seperti angin yang akan bertiup dan memberi halangan kepada pemain.
Penambahan ini boleh didapatkan secara berasingan dengan harga RM39 ataupun dengan mendapatkan OlliOlli World Rad Edition dengan harga RM143 untuk mendapatkan permainan asas, bersama dengan Void Riders dan juga Finding the Flowzone. Jika sudah memiliki permainan asas, boleh juga membuat bayaran tambahan RM48 untuk mendapat pas semusim.
OlliOlli World sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam.