Semalam HBO dan juga Naughty Dog telah mengumumkan secara rasmi yang siri The Last of Us akan bermula siarannya pada 15 Januari di HBO Max dan juga HBO, hari ini HBO Go telah mengesahkan yang di Malaysia ia akan bermula pada 16 Januari 2023 HBO Go dan juga saluran HBO di Astro.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang musim pertama untuk siri ini akan mempunyai 9 episod, ia adalah satu episod lebih sedikit berbanding laporan sebelum ini yang mengatakan 10 episod.

Senarai pelakon pula adalah Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy, Merle Dandridge sebagai Marlene dan yang baru diumumkan Nico Parker yang akan menjadi anak kepada Joel iaitu Sarah.

Ketika acara pembukaan untuk Summer Game Fest sebelum ini, Troy Baker dan Ashley Johnson iaitu pelakon suara bagi Joel dan Ellie turut diumumkan akan mempunyai watak tersendiri.

Sohor Kini