Sebelum ini kami telah melaporkan yang HBO Max melalui aplikasi dan juga laman sesawang mereka telah mengatakan yang siri TV The Last of Us akan mula disiarkan pada 15 Januari 2023, akan tetapi tiada pengumuman rasmi oleh mereka.
Hari ini, HBO dan juga Naughty Dog telah secara rasminya mengesahkan tarikh tersebut. The Last of Us akan disiarkan pada 15 Januari 2023 di Amerika Syarikat iaitu 16 Januari 2023 di Malaysia berkemungkinan besar melalui HBO Go dan juga saluran HBO di Astro.
Siri ini akan mempunyai 10 episod dan melibatkan 5 pengarah yang berbeza. Senarai pelakon pula adalah Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy, Merle Dandridge sebagai Marlene dan yang baru diumumkan Nico Parker yang akan menjadi anak kepada Joel iaitu Sarah.
Ketika acara pembukaan untuk Summer Game Fest sebelum ini, Troy Baker dan Ashley Johnson iaitu pelakon suara bagi Joel dan Ellie turut diumumkan akan mempunyai watak tersendiri di dalam siri ini, walaupun tidak diumumkan watak mereka akan tetapi Craig Mazin memuji lakonan mereka.