Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang PlayStation VR2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari 2023 dan akan ditawarkan dengan harga RM2,799 di Malaysia.
Bersama dengan set kepala PlayStation VR2 juga akan disertakan bersama dengan alat kawalan PS VR2 Sense dan juga set fon kepala. Berkas bersama dengan Horizon Call of the Mountain juga ditawarkan dengan harga RM2,999.
Jika ingin mengecas dengan lebih mudah, tempat mengecas alat kawalan juga akan dijual secara berasingan dengan harga RM229. PS VR2 akan menggunakan panel OLED dengan resolusi 4K HDR iaitu di setiap mata akan menggunakan resolusi 2000 x 2040 dengan kadar kelancaran 90Hz ataupun 120Hz.
Sesi pra-tempahan untuk PlayStation VR2 akan bermula pada 15 November melalui pengedar-pengedar rasmi PlayStation.