Seperti yang diumumkan pada bulan September lepas, Sports Interactive akan membawa kembali permainan Football Manager Touch mereka dan ia akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Apple Arcade. Football Manager 2023 Touch ini akan dilancarkan bersama dengan platform lain pada 8 November 2022 termasuk juga untuk PC dan Xbox Game Pass.
Football Manager 2023 Touch adalah versi yang lebih ringkas berbanding Football Manager 2023 Mobile, tambahan lagi berbanding Football Manager 2023 untuk konsol dan PC, namun ia masih menyertakan pelbagai fungsi yang menjadikan ia permainan Football Manager termasuk juga perlawanan 3D.
Selain itu, SpongeBob SolitairePants juga akan dikeluarkan pada bulan ini iaitu pada 25 November 2022. Ia adalah permainan solitaire dengan tema Spongebob. Menyertakan tiga mod iaitu Quest, Classic dan juga Battle untuk bermain dengan pemain lain.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.