Blizzard hari ini telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad digital mereka Hearthstone iaitu March of the Lich King akan dilancarkan pada 6 Disember 2022 dan akan memperkenalkan 145 kad baharu.

Selain kad baharu, penambahan kali ini juga membawa kelas baharu iaitu Death Knight yang akan menjadi kelas kesebelas bagi permainan ini. Death Knight akan menyertakan kuasa hero “Summon a 1/1 Ghoul with Charge that dies at the end of your turn”.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan dua jenis minion yang baharu iaitu Undead dan Dual-Type, dengan beberapa keyword akan memfokuskan kepada jenis minion undead, bagi Dual-Type satu minion sekarang boleh mempunyai dua jenis contohnya ‘Undead Beast’ ataupun ‘Undead Dragon’.

Manakala keyword baharu adalah Manathirst iaitu kad yang mempunyai keyword ini akan mendapat tambahan kuasa apabila mencapai sejumlah mana yang tertentu dan keyword Reborn juga akan kembali dan kali ini akan menjadi keyword yang kekal.

Bersempena dengan pelancaran penambahan baharu ini, pemain juga akan diberikan pelbagai ganjaran dengan log masuk dan juga melakukan cabaran tertentu. Setiap pemain akan diberikan kad Legendary percuma iaitu The Sunwell.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini