Black Panther: Wakanda Forever filem seterusnya bagi Marvel Cinematic Universe yang juga penutup bagi tahun ini akan mula ditayangkan pada 10 November 2022. GSC hari ini telah mengumumkan yang tiket awal untuk filem ini akan mula dijual pada 4 November ataupun Jumaat ini.

Dengan pengumuman ini, boleh dikatakan yang filem ini tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk ditayangkan dan tidak menerima nasib yang sama seperti Thor: Love and Thunder yang tidak boleh ditayangkan di Malaysia sebelum ini.

TGV juga telah berkongsi ciapan mengatakan yang filem ini telah mendapat kebenaran untuk ditayangkan dan tidak akan diharamkan.

Black Panther: Wakanda Forever sudah semestinya satu filem yang dinanti-nantikan, bukan sahaja kerana ia filem seterusnya MCU tetapi kerana ramai yang ingin tahun apa yang akan dilakukan dengan watak Black Panther.

Sohor Kini