Dengan kejohanan Piala Dunia akan berlangsung pada 20 November ini, EA juga telah mengumumkan mod khas yang akan tiba di dalam FIFA 23 bersempena dengan kejohanan tersebut. Mod ini akan tiba sebagai mod tambahan untuk FIFA 23, selain itu, ia juga akan disertakan di dalam FIFA Ultimate Team, mod ini akan tiba bermula pada 9 November 2022.

Di dalam mod khas untuk FIFA World Cup, antara kandungan yang akan tiba adalah FIFA World Cup Kick Off untuk pemain bermain melawan rakan ataupun AI dengan pengalaman penuh Piala Dunia. Pemain juga boleh menghasilkan kejohanan secara setempat ataupun secara dalam talian.

Apabila kejohanan bermula, akan disertakan juga FIFA World Cup Live yang akan memperlihatkan secara langsung keputusan semasa, bahkan pemain boleh memilih untuk bermain permainan tersebut melawan rakan ataupun AI.

FIFA Ultimate Team

Dengan Piala Dunia berlangsung pada bulan November dan Disember berbanding bulan Julai seperti biasa, EA telah menyertakan kandungan yang lebih menyeluruh di dalam FIFA Ultimate Team. Jika sebelum ini, mod FIFA World Cup adalah mod berasingan di dalam FUT, bagi tahun ini, ia akan disertakan secara terus sebagai satu musim penuh.

Sepanjang mod ini bermula, pemain boleh dapatkan FIFA World Cup Item yang merupakan pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili negara mereka di dalam Piala Dunia. Kad pemain ini adalah kad sementara yang akan dibuang apabila Piala Dunia berakhir, akan tetapi bergantung kepada jumlah pemain mengumpulnya, pemain akan mendapat ganjaran pada akhir mod ini.

World Cup Swaps juga diumumkan dan kali ini ia bertemakan FIFA World Cup Item, yang berkemungkinan besar pemain perlu menggunakan FIFA World Cup Item untuk menyelesaikan pelbagai objektif secara dalam atau luar talian bagi mendapatkan Swap Token yang kemudiannya boleh ditukar dengan pelbagai barangan seperti pek dan pemain.

Kad pemain yang kekal juga akan disertakan seperti FIFA World Cup Stars, tetapi ia mungkin terhad kepada pemain yang boleh didapatkan melalui Swaps. Pemain yang boleh didapatkan daripada pek adalah FUT World Cup Heroes yang dihasilkan dengan kerjasama bersama Marvel.

Mod FIFA World Cup untuk FUT akan bermula pada 11 November 2022.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Kami juga telah mengeluarkan ulasan untuk FIFA 23 dan anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan FIFA 23 – Beralih Ke Generasi Baharu.

Sohor Kini