Penggambaran Shazam 2 Kini Siap – Tiba 17 Mac 2023

David F. Sandberg iaitu pengarah untuk Shazam 2 ataupun Shazam: Fury of the Gods telah berkongsi ciapan di akaun Twitter rasmi beliau mengatakan “Siap! Masa untuk berehat. Shazam Mac 17”. Oleh kerana ia hadir daripada pengarah, berkemungkinan besar ia merujuk kepada penggambaran untuk filem tersebut sudah siap.

Bersama dengan ciapan tersebut, beliau juga telah berkongsi satu gambar daripada filem tersebut.

Shazam 2 sebelum ini diumumkan akan ditayangkan bermula pada 17 Mac 2023 selepas beberapa kali ditunda, dengan penggambaran sudah siap, tarikh tersebut mungkin tidak akan diubah lagi, melainkan untuk menjadikan ia lebih awal.

Filem ini akan meneruskan penceritaan daripada Shazam yang dikeluarkan pada tahun 2019 dan Zachary Levi akan kembali untuk membawa watak Billy Batson atau Shazam bersama dengan Asher Angel yang akan memainkan watak yang sama tetapi berlainan umur.

Buat masa ini, Shazam masih disahkan sebagai sebahagian daripada DCEU ataupun dijenamakan sebagai DCU sebelum ini.

Sohor Kini