Laman dan juga aplikasi HBO Max tampaknya telah mendedahkan tarikh bermulanya siaran untuk siri TV The Last of Us. Di kapsyen yang diletakkan bersama dengan treler acah, dikatakan yang siri tersebut akan bermula pada 15 Januari 2023 di Amerika Syarikat, yang berkemungkinan 16 Januari 2023 di Malaysia.

The Verge juga mengatakan yang buat masa ini kapsyen tersebut masih terdapat di laman dan juga aplikasi HBO Max. Namun, ia mungkin adalah satu tarikh sementara sahaja dan mungkin berbeza apabila diumumkan secara rasmi.

Sebelum ini telah dilaporkan yang penggambaran untuk siri ini telah selesai, dan HBO mengatakan ia akan tiba sekitar tahun 2023. Oleh itu, tidak mengejutkan jika ia akan mula disiarkan seawal bulan Januari tahun depan.

Sohor Kini