Dengan hari ini memasuki bulan yang baharu, Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Game Pass untuk PC dan juga konsol pada pertengahan pertama bagi bulan ini dan ia menyertakan pelbagai permainan menarik daripada genre.
Antara permainan menarik adalah Football Manager 2023 yang akan ditawarkan pada hari pelancaran bukan sahaja untuk PC tetapi juga untuk Xbox. Selain itu, terdapat juga permainan Return to Monkey Island, permainan baharu bagi siri ini yang dikeluarkan pada bulan September lepas dan Vampire Survivor iaitu permainan popular di PC, turut akan ditawarkan untuk Xbox.
Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba;
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini bermula pada 15 November;
Permainan-permainan ini boleh didapatkan di Xbox Store dengan potongan sehingga 20% untuk mendapatkannya secara terus.
Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.