Skip to main content

Activision telah mengumumkan yang Call of Duty: Modern Warfare II telah menjana pendapatan sebanyak $800 juta (~RM3.7 bilion) dalam masa tiga hari dilancarkan. Mereka juga mengatakan yang jumlah ini mengatasi mana-mana kutipan kandungan hiburan seperti ‘Top Gun: Maverick,’ dan ‘Doctor Strange in the Multiverse of Madness’.

Jumlah ini mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Modern Warfare 3 yang dikeluarkan pada tahun 2011, bahkan melakukannya 2 hari lebih cepat. Activision juga mengatakan yang ia adalah jualan tertinggi untuk hujung minggu pertama berbanding mana-mana permainan di dalam siri ini.

Kejayaan ini sudah semestinya tidak mengejutkan, PlayStation sebelum ini telah mengumumkan yang Modern Warfare II adalah permainan terbesar semasa pelancaran bagi siri tersebut di PlayStation Store.

Call of Duty Modern Warfare II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply