Bilibili telah mengumumkan yang mereka akan membawa 49 siri animasi dari China ke dalam platform penstriman mereka. Pengumuman ini dilakukan ketika acara tahunan ANIME MADE BY BILIBILI 2022-2023.

Antara yang diumumkan adalah The Three-Body Problem iaitu siri animasi yang merupakan adaptasi kepada siri novel oleh Liu Cixin. Ia merupakan siri cakera sains dan akan dikeluarkan di China pada 3 Disember diikuti untuk pasaran global.

Selain itu, turut diumumkan adalah musim kedua untuk Link Click, The Daily Life of the Immortal King dan A Record of Mortal’s Journey to Immortality.

Bilibili boleh di akses melalui laman web dan juga aplikasi untuk iOS dan Android. Dengan langganan RM10.90 sebulan atau RM84.90 setahun.

Sohor Kini