EA telah berkongsi infografik terbaru untuk FIFA 23 bersempena dengan hari ke 23 permainan tersebut dilancarkan, dan ia telah memperlihatkan pelbagai info yang menarik. Sebelum ini, EA juga telah mengumumkan yang FIFA 23 Mencatat 10.3 Juta Pemain Untuk Minggu Pertama – Terbesar Di Dalam Sejarah.

Antara yang dikongsikan adalah selepas 23 hari, sudah 15 bilion minit perlawanan telah diaminkan, ini adalah untuk kesemua mod yang disertakan di dalam FIFA 23. Dalam tempoh tersebut, 4.3 bilion jaringan telah dilakukan dengan pemain yang paling banyak menjaring adalah Rashford, Mbappe, Nunez, Haaland dan Gabriel Jesus.

Bagi yang bermain mod Karier, pemindahan yang paling popular adalah Jude Bellingham iaitu pemain di Dortmund yang telah dibeli oleh 630 ribu pasukan di dalam mod tersebut.

Antara acara kolaborasi menarik yang disertakan oleh EA pada awal permainan adalah kandungan berdasarkan siri Apple TV+ iaitu Ted Lasso di mana pemain boleh menggunakan Ted Lasso sebagai pengurus di dalam FUT dan sebagai pengurus, Ted Lasso telah memenangi 1 juta perlawanan setakat ini.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Kami juga telah mengeluarkan ulasan untuk FIFA 23 dan anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan FIFA 23 – Beralih Ke Generasi Baharu.

Sohor Kini