EA dan Marvel Entertainment hari ini telah mengumumkan yang mereka akan bekerjasama untuk satu jangka masa panjang dan akan hadir dengan sekurang-kurangnya tiga permainan aksi pengembaraan dengan penceritaan tersendiri di dalam dunia adiwira Marvel.
Permainan pertama yang diumumkan melalui kerjasama ini dilakukan pada bulan September lepas iaitu Iron Man yang dibangunkan oleh Motive Studios, dua atau lebih lagi permainan akan diumumkan kemudian.
EA juga mengatakan yang kesemua permainan ini akan dikeluarkan untuk konsol dan PC.