Apex Legends sebelum ini telah mengumumkan peta baharu iaitu Broken Moon dan juga fungsi baharu yang akan tiba di dalam Apex Legends iaitu memberi hadiah dan juga pelekat. Anda boleh baca lanjut di pautan ini; Apex Legends Umum Peta Baharu, Broken Moon Bersama Fungsi Memberi Hadiah Dan Pelekat.

Bersama dengan kemaskini tersebut yang akan tiba melalui musim baharu iaitu Apex Legends: Eclipse pada 1 November ini. Permainan battle royale tersebut juga akan menerima legend baharu iaitu Catalyst yang menggunakan ferrofluid sebagai senjata utama.

Berikut adalah kebolehan Catalyst;

Passive: Barricade – Membolehkan Catalyst untuk memperkuatkan pintu dan juga mengunci kawasan tersebut, pintu yang sudah dihancurkan juga boleh digunakan lagi.

Tactical: Piercing Spikes – Catalyst akan membaling ferrofluid untuk membentuk duri apabila penjahat melaluinya.

Ultimate: Dark Veil – Catalyst akan membentuk dinding Ferrofluid yang akan memperlihatkan penjahat yang melaluinya dan juga mengurangkan penglihatan.

Apex Legends juga telah mengumumkan yang kitaran peta bagi musim ini adalah Broken Moon, Olympus dan World’s Edge. Jika anda ingin mencuba sesuatu Legend walaupun tidak meniliknya lagi, anda kini boleh lakukannya di Firing Range.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini